Plan yang tak dirancang tu jugak plan yang best kan. Alkisahnya setelah tau mak mertua dan ipar nak datang, hari-hari zikir kat suami suruh apply cuti dan bawak pergi berjalan, Yela, kalau nak harap diri sendiri dengan dua orang anak pergi bawak mereka jenjalan maunya tak jadi apa.
Bila dah suggest macam tu bising la suami suruh cari hotel, suggest memacam semuanya direject. Last-last saya give up dan tak sangka dia cari sendiri,. Maka terhasil lah percutian ke Grand Lexis Port Dickson. Katanya book untuk satu malam memandangkan suami dapat cuti dua hari je.
Jadilah dari tak ada langsung kan, so packing untuk first time untuk dua orang anak untuk misi percutian singkat. Pagi before pergi baru pergi sebab tak jauh mana pon Sg Buloh dengan PD kan. Bawak pon dua beg je, minima abes la sebab malas nak angkut barang banyak.
So, kul 3 kami pon check in di Grand Lexis setelah makan tengahari kenyang-kenyang di Sg Ramal Bangi. Actually ikut terma katanya check in pukul 4 ptg, if nak check in awal terus je pergi ke kaunter, by call tak valid ye. If dah available terus boleh masuk. Yeay.
Kami pilih Premium Pool Villa, just nice untuk 7 dewasa dan 1 kanak-kanak dan seorang bayi. Tak silap semua bilik sama sahaja. ada dua katil king. Yang di Grand Lexis semua ada private pool, sebab pool dalam bilik. Jangan tersalah lak dengan Lexis, sebelum book sila check bebetul ye.
Kat sana, tak ambil banyak gambar pon maklumlah ada bayi dua bulan setengah. Banyak nak tengok dia je. So far memang fully use the time yang ada sebab pukul 12 tghari esoknya dah nk check out, late check out ada charge ye.
Cuti sekolah rate biasanya akan mahal dari hari biasa, so kami haritu dapat murah sebab beli dari orang persendirian. Katanya dekat situ ada yang hotel punya dan ada juga orang perseorangan tapi both diuruskan oleh pihak hotel. Kalau korang jenis rajin ke Matta Fair pon boleh dapat harga murah around RM500-RM600 untuk bilik yang kami duduk ni.
Alang-alang dah private pool, malam pon kita terjun jugakla ye. AIr tak sejuk memang best berendam sebab bukan pandai swimming pon. Hihihi. Si Anas pon nak berenang jugak, terlebih excited pulak mak ayah dia tengok dia berenang. Haha.
Nak stay lagi sini jomlah menabung hihi. XOXO
No comments:
Post a Comment