Monday 11 September 2017

Weekend Escape Ke Melaka

Assalamualaikum dan hi semua..berhabuk dan bersawang blog ku ini. Tapi tak apa, jangan risau azam baru bulan October ni nak up satu entry satu hari. 


Tengah bulan September baru ni suami belanja percutian dua hari satu malam di Avilion Legacy Melaka. Selama ni duk lalu je kat depan hotel tu kalau ke Melaka. Kali ni merasalah stay di sini. 

Ni suami acah-acah suprise kot, sebab pagi tu baru cakap jom ke Melaka. Mama dan Yasmin on saja. Siapa tak suka berjalan kan. Hihihi

So sampai tu kami makan dulu di area MITC melaka, sebab sampai tu dah tengahari. Kedai ikan bakar. Lupa dah namanya. Ramai jugak orang dan not bad la sedap ikan bakarnya.

Then terus ke pusat bandar untuk check in. Senanh je cari hotel ni sebab tak jauh dari Bandar Hilir. Pastu terletak sebelah UiTM Kampus Bandar Melaka. Duku adik belajar kat situ so tahulah kat mana. Kalau tak pasti, on je waze. Lagi senang.

Masuk bilik agak teruja sebab bilik besar dan bathroom pon besar. Yasmin pon seronok la berkejaran dalam bilik dan paling suka main telefon lah. Maklumlah kat rumah tak ada telefon rumah. Ada lagi ke orang pakai telefon rumah sekarang?








Since tak ada plan so kami pon decide pergi mandi kolam dulu. Ni aktiviti wajib kalau stay kat hotel kan. Siap-siap dan terus ke kolam. Sempat lah mandi dalam sejam lebih then naik bilik.

Yasmin dan Ayah

mak buyong berenang
So dah naik bilik, lapar pulak haruslah jalan-jalan cari makan kan. Since dah dekat jugak dengan Kuih Keria Antarabangsa yang viral tu. Kami pergi la ke sana tapi tak sanggup nak beratur huhu. So straight ke Coconut Shake Klebang. Dah nak tutup dah pon so just tapau je then gerak ke Bandar Hilir.

Dah isi perut dengan asam pedas, eh wajib lah kan kalau datang Melaka pekena asam pedas. Kami ke Menara Taming Sari. First time la kira mama dan Yasmin naik menara tu. Tengok view Melaka waktu malam. 

Lepas tu sempat ke Dataran Pahlawan, shopping baju Yasmin dan bakal adiknya. Dah penat gila terus  kami balik hotel dan rehat. Esoknya tak ada aktiviti pon. Just santai kat hotel sebab hujan rahmat pagi tu, then check out gerak balik nak elak jem.

Till then, have a nice day everyone.