Tuesday 31 July 2018

Cara Naikkan HB Ketika Hamil Dengan Berkesan

Antara masalah biasa yang sering terjadi kepada ibu yang sedang hamil adalah masalah bacaan hemoglobin (HB) yang rendah. Apabila bacaan rendah, rawatan susulan yang lebih kerap diperlukan supaya dapat mengelakkan sebarang komplikasi di kemudian hari. Maka ibu-ibu kenalah prihatin dengan pemakanan supaya tidak menjejaskan bacaan HB.





Komponen penting untuk memastikan bacaan HB cantik adalah IRON atau zat besi, Zat besi akan membantu dalam penghasilan HB, protein dalam sel darah yang mengangkut oksigen ke seluruh sel dalam badan. Keadaan badan ketika hamil adalah berbeza dengan ketika tidak hamil, jantung contohnya akan mengepam darah 30-50% lebih cepat daripada biasa. Maksudnya zat besi yang lebih diperlukan untuk hasilkan HB supaya dapat bekalkan oksigen kepada bayi.

Jika kurang kandungan zat besi, sebab tulah terjadinya masalah anemia ketika mengandung. Bacaan HB yang baik adalah 12 ke atas. Jikalau kurang, anak berisiko mengalami anemia dan boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti ketidaksuburan, keguguran, kelahiran pra matang, bayi kurang berat badan ketika lahir dan risiko kepada kematian bayi.

Penting untuk ambil tahu makanan yang anda ambil ketika hamil adalah sangat berkhasiat. Untuk masalah anemia anda digalakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi. Antara makanan yang bantu untuk naikkan HB andalah seperti yang tertera pada gambar di bawah.

Pengambilan supplemen juga membantu untuk naikkan HB iaitu multivitamin vitalea with iron formula dan juga Vitamin C. Tahukah anda penyerapan optimum zat besi berlaku apabila diambil bersama dengan vitamin C. Vitalea pula merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Maka vitalea membantu menaikkan bacaan HB dengan cepat dan efektif.







Jika anda berdepan masalah bacaan HB rendah cepat-cepat dapatkan Set Naikkan HB ini daripada azie dengan menghubungi azie terus melalui call/whatsapp 012-9513802.



              
Berminat untuk daftar Ahli Shaklee? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Saturday 28 July 2018

Cara Elakkan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Merebak

Seminggu kebelakangan ini berpuluh ribu kes PenyakitKaki Tangan dan Mulut atau singkatannya HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) direkodkan seluruh negara. Rasanya sejak virus ni melanda negara, kali ni paling teruk kena. Sekarang ni bukan kanak-kanak je yang kena, orang dewasa pon tak dapat lari jugak dari virus ni. So azie share Cara Elakkan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Merebak.



Sebelum azie pergi lebih lanjut Cara Elakkan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Merebak, azie perincikan tentang penyakit HFMD. Penyebab kepada penyakit ini ialah daripada 2 jenis virus iaitu virus coxsakie dan virus enterovirus. Virus coxsakie sangat mudah menjangkiti orang lain dengan merebak secara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut. Jika virus yang terlibat dikenalpasti sebagai virus enterovirus, terdapat jugak kes kematian atau masalah saraf untuk wabak penyakit ini.

Kenali jugak simptom untuk wabak penyakit HFMD ini supaya boleh terus bertindak segera :

1. Demam tinggi
2. Timbul ruam atau lepuh di kawasan tapak tangan, tapak kaki dan dalam mulut.
3. Ulser dalam mulut atau mulut pecah
4. Sesetengah ada ruam timbul di bahagian punggung atau kawasan peha berdekatan punggung.

Memandangkan hari minggu selalunya kita ibu bapa banyak bawak anak-anak keluar ke kenduri, supermarket, taman permainan, taman tasik maka eloklah untuk tidak meneruskan dulu niat supaya dapat mengelakkan daripada jangkitan.

Tetapi jika tidak dapat mengelak daripada berbuat demikian, langkah untuk mencegah sebarang virus merebak adalah dengan mengikut langkah-langkah berikut :

1. Campurkan setitis basic H ke dalam botol spray kecik, letak kan ke dalam handbag dan spray di kawasan yang berisiko membawa jangkitan, contohnya : troli supermarket dan kerusi kedai makan.


2. Pastikan kebersihan terjaga untuk mengelakkan HFMD tersebar
  • Basuh pakaian dengan Fresh Laundry Concentrate Powder Shaklee yang bersifat hipoalergenik, tanpa klorin dan juga bahan kimia berbahaya
  • Mandikan anak-anak dengan mandian GentlleWash Shakleebaby yang juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan sangat baik untuk kesihatan kulit
  • Lindungi barang mainan dan juga lantai rumah dengan Basic H Organic Super Cleaning Concentrate yang tidak mempunyai bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, sekmat untuk sistem septik

3. Kuatkan sistem imunisasi badan dengan pengambilan makanan tambahan ataupun vitamin Shaklee dan saranan ini untuk golongan dewasa memandangkan terdapat kes orang dewasa juga kini.
  • Vitamin C untuk menguatkan sistem imunisasi badan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Polyphenols yang terdapat dalam vivix, coq trol plus dan juga cinch tea mix membantu memberi tenaga kepada sel badan, sel badan yang terbentuk adalah sel badan yang sihat.
  • Garlic Complex juga untuk melawan bakteria dan menguatkan sistem imunisasi serta menghalang penyakit berjangkit.

 Adalah baik untuk melakukan langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelakkan virus ini dari dijangkiti dan tersebar kepada orang di sekeliling kita. Dapatkan produk Shaklee daripada azie dengan menghubungi nombor 012-9513802 atau terus klik link ini untuk melalu whatsapp message, www.wasap.my/60129513802.



Berminat untuk daftar Ahli Shaklee? Klik di sini -----> 
Borang Daftar Ahli Shaklee

Friday 27 July 2018

3D Art Museum Langkawi Yang Menakjubkan

Korang kalau dah sampai di Langkawi Skycab dan dah beli basic package tu so better manfaatkan masa yang ada dengan masuk semua sebab dah bayar kan. So highly recommended untuk pergi Langkawi Skycab sebelum tengahari sebab sempat la masuk semua kan. Tak adalah terkejar-kejar macam kami. 



Kami memang turun dari Skycab tu dah lewat petang sangat sebab tu terus tuju ke 3D Art Museum. Kami ingatkan muzium ni kecik je, tapi boleh tahan banyak ruang sebab dua tingkat. Lepas tu rasa macam rugi tak ambil gambar kat semua tempat sebab cantik sangat.

Nak masuk tu kena tinggalkan kasut, so nanti pekerja situ akan bagi plastik untuk masukkan kasut then bagi nombor untuk ambil balik kasut atau selipar korang masa dah keluar nanti. Lukisan dia memang lawa-lawa dan setiap lukisan ada sticker untuk berdiri ambil gambar supaya dapat angle yang betul dan nampak real.





Ada jugak disediakan gambar contoh supaya korang dapat gambar yang cantik lah kan. Bila amek gambar nampak lah real so expression muka pon nak lah kena betul. Memang menguji jugak sebab kami dengan baby dan kid 3 tahun. Tak senang nak dapat gambar yang cantik. Gambar sekeluarga lagilah, nasib baik buat muka tak malu orang tolong ambilkan dapatlah dua keping gambar satu keluarga.




Lagi best, kami masuk tu kena dengan waktu ada pertunjukan, tak lama pon dalam 10 minit macam tu. Duduk lah bersimpuh kat lantai tu sambil layan show. Tak silap ada 2 sesi sehari kot, kami tengok around pukul 7 petang. Lepas tengok tu terus pintu keluar then ada orang jual jajan.So standby lah siap-siap sebab confirm kena paw dengan anak-anak. 

So sangat worthy untuk pergi 3D Art Museum ni bagi azie sebab memang dah bayar sekali kan masa naik SkCab tu. Hehehe, Nanti bila korang buat itinerary nak jalan-jalan di Pulau Langkawi make sure masukkan 3D Art Museum sebab berbaloi untuk dilawati. Itulah kisah balik kampung di Langkawi kami hari raya puasa tahun ini. 


Oklah, habis dah cerita di balik kampung di Langkawi. Assalamualaikum.

Langkawi SkyCab Tempat Wajib Pergi Jika Ke Langkawi

Bila mana kau kahwin dengan orang Langkawi, peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Langkawi mahupon buat aktiviti setiap kali balik kampung tu jadi terhad. Kebanyakan masa balik kampung selalu kena peak season jadi memang tak lah untuk join kesesakan nak buat aktiviti. Baik betapa dalam rumah atau pon jalan-jalan tepi pantai je.


Tapi balik raya tahun ni best sebab sempat ke Langkawi Skycab. Sebabnya balik lama, selalu balik kampung paling lama lima hari macam tak sempat nak buat aktiviti sangat. Kalau dah lebih seminggu moh la kita berjalan. Rezeki jugak bila tak ramai orang masa kami pergi tu.Sampai situ dalam 4 petang dan tengok queue dah tak panjang so apa lagi cepat-cepat beli tiket.

Last naik cable car ni empat tahun lepas iaitu pertama kali ke kampung suami selepas majlis kahwin belah suami (sebelum tu banyak kali dah sampai tapi sebagai pelancong la, haha). Masa tu SkyBridge tak ada lagi just ada dua platform untuk berhenti tengok view Langkawi dari Gunung Mat Chichang. Sekarang dengan ada Sky Bridge dan jugak tiket pon kira ikut pakej. 





Untuk dewasa warganegara RM40 dan kanak-kanak (3 tahun ke atas) RM30 bagi basic package. Pakej ni termasuk Skycab, Skydome, Skyrex dan juga 3D Art Museum. Sebab kami sampai dah petang sempat naik Skycab dan masuk 3D Art Museum.

SkyBridge berada pada platform pertama yang mana kena turun dari gondola then ambil tiket untuk ke sana, boleh pilih untuk jalan iaitu SkyTrail atau pon naik SkyGlide. Kalau jalan tiket RM4 dalam 10 minit turun tangga atau SkyGlide RM16 dalam 2 minit dah sampai.

Masa kami pergi SkyGlide tak operate, so kami nak juga ke SkyBridge jadi excited lah nak turun lalu Skytrail. Tapi bila dah turun tangga demi tangga suami dukung anak sulung 14 kg dan azie dukung baby 8kg lebih menangis jugak. Banyak kali jugak berhenti sebab mengah. Haha rasakan.




Tapi dah sampai kat SkyBridge rasa berbaloi jugak sebab cantik, sejuk dan nyaman je kat atas tu. Ambil2 gambar then berhenti rehat menyusu baby sebelum naik ke platform balik. Kalau bawak orang tua, kanak-kanak dan baby better naik je SkyGlide ye. Tak payah nak gigih nak buat jungle trekking haha.






Penat jalan kat Skytrail jadi kami tak naik pon ke puncak yang platform kedua tu. Tak larat dah patah pinggang pulak nanti. Nasib baik ada Ostematrix dan Omega Guard Shaklee haha. Turun tu kami masuk 3D art museum, nanti entry seterusnya la cerita. 

Terima kasih lah sudi baca. Hihihi.