Saturday 24 March 2018

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Lately ramai yang tanya apa kelebihan jadi ahli Shaklee. Yang kita nampak kelebihan jadi ahli Shaklee ni selalu nya sebab nak dapat harga ahli lah kan. Yes, Sebab nak kan penjimatan lebih kurang 10%-25% tu. Tapi sebenarnya banyak lagi yang boleh dapat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.



Kalau dah selalu sangat beli vitamin, produk penjagaan wajah dan badan serta produk penjagaan rumah, baiklah mendaftar sebagai ahli Shaklee, banyak sangat penjimatan yang anda akan dapat. Setiap bulan dahlah confirm repeat vitamin kegemaran kan, so bila beli dengan harga ahli lebih ekonomi katanya.

Seterusnya, bila dah jadi ahli Shaklee anda akan dapat cara makan dan waktu pengambilan yang sewajarnya untuk vitamin yang anda consume. Yela, dah ambil vitamin takkan nak hentam keromo je mestilah nak ikut cara makan yang betul. Setiap vitamin fungsi nya berbeza dan cara makan pon berbeza untuk dapatkan fungsi yang optimum tau. Barulah orang kata worth every penny.


Selain itu, anda juga akan dapat penerangan produk secara lebih terperinci.Maksudnya, bagaimana sesuatu produk bertindak dengan badan dan dapat menyesuaikan dengan apa yang anda perlukan. Jadi tujuan anda makanan vitamin akan lebih jelas dan anda akan dapat relatekan efek yang anda rasakan.


Yang terakhir dan yang paling best ialah anda berpeluang mendapat bonus bulanan. Macamana bonus bulanan tu ye? Bonus ini dalam bentuk tunai dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda terus pada bulan seterusnya. Bonus ini dar 5%-21% bergantung pada nilai belian bulanan anda. Best sangat...


So, untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda boleh terus hubungi saya dengan text saya di applikasi whatsapp atau pon call 012-951 3802.


Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee



Percutian Keluarga Ke Grand Lexis Port Dickson

Plan yang tak dirancang tu jugak plan yang best kan. Alkisahnya setelah tau mak mertua dan ipar nak datang, hari-hari zikir kat suami suruh apply cuti dan bawak pergi berjalan, Yela, kalau nak harap diri sendiri dengan dua orang anak pergi bawak mereka jenjalan maunya tak jadi apa.



Bila dah suggest macam tu bising la suami suruh cari hotel, suggest memacam semuanya direject. Last-last saya give up dan tak sangka dia cari sendiri,. Maka terhasil lah percutian ke Grand Lexis Port Dickson. Katanya book untuk satu malam memandangkan suami dapat cuti dua hari je.

Jadilah dari tak ada langsung kan, so packing untuk first time untuk dua orang anak untuk misi percutian singkat. Pagi before pergi baru pergi sebab tak jauh mana pon Sg Buloh dengan PD kan. Bawak pon dua beg je, minima abes la sebab malas nak angkut barang banyak.

So, kul 3 kami pon check in di Grand Lexis setelah makan tengahari kenyang-kenyang di Sg Ramal Bangi. Actually ikut terma katanya check in pukul 4 ptg, if nak check in awal terus je pergi ke kaunter, by call tak valid ye. If dah available terus boleh masuk. Yeay.

Kami pilih Premium Pool Villa, just nice untuk 7 dewasa dan 1 kanak-kanak dan seorang bayi. Tak silap semua bilik sama sahaja. ada dua katil king. Yang di Grand Lexis semua ada private pool, sebab pool dalam bilik. Jangan tersalah lak dengan Lexis, sebelum book sila check bebetul ye.






Kat sana, tak ambil banyak gambar pon maklumlah ada bayi dua bulan setengah. Banyak nak tengok dia je. So far memang fully use the time yang ada sebab pukul 12 tghari esoknya dah nk check out, late check out ada charge ye.

Cuti sekolah rate biasanya akan mahal dari hari biasa, so kami haritu dapat murah sebab beli dari orang persendirian. Katanya dekat situ ada yang hotel punya dan ada juga orang perseorangan tapi both diuruskan oleh pihak hotel. Kalau korang jenis rajin ke Matta Fair pon boleh dapat harga murah around RM500-RM600 untuk bilik yang kami duduk ni.

Alang-alang dah private pool, malam pon kita terjun jugakla ye. AIr tak sejuk memang best berendam sebab bukan pandai swimming pon. Hihihi. Si Anas pon nak berenang jugak, terlebih excited pulak mak ayah dia tengok dia berenang. Haha. 




Nak stay lagi sini jomlah menabung hihi. XOXO

Friday 23 March 2018

Peppermint Ginger Plus Membantu Tingkatkan Metabolisme

Halia merupakan satu jenis bahan bantuan memasak yang sering digunakan dalam masakan harian kita. Tahukah anda, halia mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan dalaman kita. Oleh kerana itu, mengamalkan pengambilan halia dalam pemakanan adalah bagus dan penuh berkhasiat.



Antara khasiat yang terdapat dalam halia ialah :-

* Membantu meningkatkan metabolisme darah ke bahagian organ yang lain
* Menyembuhkan gejala kurang selera makan, pening kepala dan sakit sendi
* Baik untuk merawat kegatalan pada tubuh badan dan masalah kebengkakan
* Memanaskan tubuh dan membantu proses percernaan
* Membuang angin dalam badan

Tak semua orang mampu untuk makan halia atau minum air rebusan halia kerana baunya yang agak sedap. Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana dalam produk Shaklee terdapat satu produk yang berasaskan halia iaitu PEPPERMINT-GINGER PLUS.

Peppermint-Ginger Plus adalah gabungan 4 bahan asas utama iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis menjadikan rasa dan bau yang menyenangkan.Setiap 4 bahan itu memberi fungsi yang berbeza kepada badan kita.

Pudina - Melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang, sesuai diambil untuk mereka yang ada GASTRIK, pedih hulu hati dan cirit-birit. Jika menjalani rawatan kemoterapi, elok untuk melawan rasa kurang selera makan dan selalu muntah.

Halia -  Bagus untuk melawan rasa mual dan mabuk ketika mengandung. Jika anda seorang yang mabuk laut/darat elok ambil sebelum memulakan perjalanan.

Adas - Biji adas mampu untuk melegakan kembung perut, masalah alergi pada saluran usus dan juga melegakan gejala flu.

Cekur Manis - Merangsang rembesan jus gastrik untuk percernaan dan sesuai diambil jika datang gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.

Dapatkan PGP untuk melegakan masalah yang dihadapi oleh anda di atas. Boleh hubungi saya di talian whatsapp 012-9513802.



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee


Monday 19 March 2018

7 Tips Tidur Lena Di Malam Hari

Banyak faktor yang mampu mempengaruhi keadaan kita untuk tidur lena. Selalu terjaga malam ketika tidur menandakan tidur kita kurang berkualiti. Untuk menjadi lebih produktif kita mestilah mendapat tidur yang lena atau bahasa omputihnya "deep sleep'. Saya kongsikan 7 Tips Tidur Lena Di Malam Hari.


1) Persekitaran yang baik
    Pastikan ruang bilik anda segelap mungkin dengan gunakan langsir yang gelap atau penutup mata.      Ruang bilik haruslah tenang dan suhu bilik berada pada 27 darjah selsius atau kurang.

2) Jaga emosi
    Elakkan tidur dengan perasaan takut, cemas, obsesi, perasaan marah yang berpanjangan, tekanan        atau masalah emosi.

3) Kadar serotonin yang tinggi
    Tingkatkan kadar serotonin dengan mengambil produk tenusu dan pisang. Elakkan ambil protein        sebelum tidur, boleh menyebabkan terbangun di tengah malam. 

4) Elakkan cafein
    Jangan makan atau minum sesuatu yang mengandungi kafein seperti coklat,teh, kopi atau 
    minuman bersoda. Sebaiknya ambil selewat-;ewatnya petang.

5) Jangan pasang lampu
   Jika terjaga di tengah malam, elakkan memasang lampu atau melihat jam. Pergi ke tempat yang           lebih tenang atau membaca bahan bacaan ringan hinggan mengnatuk kembali.

6) Jadikan rutin 
    Buat jadual rutin yang tetap. Amalkan tidur dan bangun pada masa yang sama.

7) Amalkan suppliment
    Pengambilan Ostematrix dan B Kompleks Shaklee membantu anda untuk lebih relaks dan                    menstabilkan sistem saraf.



Nak dapatkan Set Tidur Lena, boleh terus hubungi saya di Whatsapp 012-951 3802


Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee




Friday 9 March 2018

Youth Shaklee Skincare Terbaik Di Malaysia

Bulan March ni Shaklee telah lancarkan satu rangkaian produk penjagaan kulit wajah bagi menggantikan produk sebelum ini iaitu Nutriwhite dan juga Enfuselle. Produk ini sangat esklusif dan harganya juga mampu milik dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit.




Yang pasti Shaklee sentiasa mementingkan produk yang selamat, semulajadi dan terbukti berkesan.


  • Mempunyai 8 patent dan juga pending patent
  • Diuji secara klinikal selama 8 tahun sebelum dipasarkan
  • 100% natural- Bebas daripada 2500 bahan kimia terlarang
  • 100% vegan - diesktrak daripada tumbuhan semulajadi
  • Tidak diuji ke atas haiwan - animal cruelty free
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan
  • Kesan seawal 7 hari

Apa yang terdapat dalam set YOUTH ni dan fungsinya ialah :-

Luminous Gel Oil Cleanser - Mengilap secara lebut, membersih dan mempersiapkan kulit Perfecting Skin Toner - Mengupas, menghidrat dan menyuburkan kembali kulit Youth Activating Serum - Memperbaharui kulit anda pada tahap sel Age Defense Mineral Moisturizer - Pakai di waktu pagi untuk menghidrat dan melindung dari matahari dan pencemaran Advanced Renewal Night Cream - untuk menghidrat dengan lebih mendalam ketika anda tidur Kemudian di tambah dengan Radiance C+E untuk hasil yang lebih baik 20% vitamin C + E - Untuk mengisi dan mencerah serta mengurangkan garisan dan kedut pada kulit


Sempena promo ini items keenam dapat anda miliki secara percuma. Sangat berbaloi memandangkan items keenam iaitu Radiance C + E tu boleh dapat secara percuma sahaja tau, memang terbaiklah sebab kesannya yang superb.

Nak dapatkan Set Youth Shaklee, boleh terus hubungi saya di Whatsapp 012-951 3802



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee








Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu-Ibu Moden - Part 2

Sambungan daripada entry yang lepas tentang Set Bersalin Shaklee yang menjadi pilihan saya untuk berpantang anak kedua. Sebelum ini saya ada kongsikan yang saya sukakan kesan positif semasa berpantang dengan Set Bersalin Shaklee.





Bersalin secara normal dan sedikit jahitan juga memerlukan penjagaan yang rapi supaya cepat sembuh. Untuk bantu cepatkan luka bersalin saya amalkan Vivix, ESP dan Vitamin C. Dua minggu selepas bersalin saya dah mampu berjalan lebih laju daripada biasa dan luka telah kering sepenuhnya.

Memandangkan saya ada anak sulung yang sudah berusia dua tahun lebih jadi saya memang perlu bergerak banyak seperti uruskan beliau walaupon saya berpantang di rumah mak di kampung tetapi manidkan, suapkan makan dan tidurkan beliau masih saya yang lakukan.

Seterusnya, Set Bersalin Shaklee jugak bantu saya untuk turun berat dan dapatkan berat yang ideal sebaik habis berpantang. Omega Guard bertindak membantu saya untuk mengawal nafsu makan. Ibu menyusu memang kuat makan sebab sentiasa lapar terutama selepas menyusukan bayi.

Omega Guard juga bagus untuk supply DHA dan EPA untuk bayi sebab tu saya suka nak ambil supaya saya dapat supply susu yang penuh khasiat kepada bayi saya. Alhamdulillah susu saya cukup untuk bayi dan susu pon lebih pekat.

Saya juga nak tambah untuk kesihatan kulit juga sangat membantu memandangkan rutin skincare ada banyak yang saya skip. Yela, duk rumah jekan. Tapi so far tak ada jerawat tumbuh dan kulit juga sihat ditambah pengambilan air masak yang sangat banyak supaya tidak dehidrate.

Nak dapatkan Set Bersalin Shaklee, boleh terus hubungi saya di Whatsapp 012-951 3802



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Tuesday 6 March 2018

Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu-Ibu Moden - Part 1

Saya baru sahaja habes berpantang dalam 3 minggu dan sepanjang saya berpantang, saya mengamalkan Set Bersalin Shaklee yang sangat awesome.




Saya amalkan seawal hari pertama saya melahirkan bayi dan resultnya sangat mengagumkan,

Saya sangat cergas sepanjang berpantang walaupon tidur tak menentu dan bangun menyusukan anak beberapa kali waktu malamnya.

Anak sulung saya berumur 2 tahun 6 hulan so saya kena layan kerenah dia yang sedang membesar. tau jela kan budak tengah melasak banyak jugak crankynya, risau emosi tak stabil saya pasti ambil B-Complex Shaklee untuk saya kawal diri daripada memarahi anak saya selalu.

Dalam pantang selalu bangun menyusu kan bayi boleh menyebabkan badan lenguh dan sakit pinggang serta sakit belakang. Jadi saya ambil Ostematrix Shaklee sebelum tidur supaya saya dapat hilangkan sakit tersebut dan lenguh badan,

Paling best saya tak ada masalah sembelit langsung yang mana saya pasti ibu-ibu paling takut untuk membuang air besar sebab trauma luka bersalin bagi yang bersalin secara normal.

Ok tu je nak share dulu. Ada lagi kesan best yang saya rasa. tapi sambung next entry lah.

Nak dapatkan Set Bersalin Shaklee, boleh terus hubungi saya di Whatsapp 012-951 3802



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee