Sunday 5 November 2017

7 Amalan Pemakanan Yang Baik Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 7 amalan pemakanan yang baik diamalkan sepanjang kehamilan. Perasaan disahkan mengandung adalah perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi ibu-ibu mestilah nak jaga kandungan baik-baik kan.




Antara cara nak jaga kandungan sehingga tempoh bersalin, suka saya nak sarankan jagalah pemakanan. Sebab makanan sangat mempengaruhi perkembangan bayi. Seeloknya dari merancang untuk hamil lagi sudah kita set minda untuk jaga pemakanan.

Jaga pemakanan ni bukan sahaja elok untuk kandungan tapi juga memang bagus untuk kesihatan kan. Sekarang tau jela macam-macam penyakit tak kira usia, tak kira jantina. Banyak sangat kes budak-budak pon kena penyakit kronik kan.

Jadi saya share kat sini 7 makanan yang sangat baik diamalkan semasa mengandung : -

1. Kurma

Sebagai tenaga segera kerana mudah diserap dan diproses. Kurma mengandungi kandungan serat yang tinggi malahan dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada pisang. Ia sangat sesuai dimakan oleh ibu hamil terutama yang hilang selera makan di awal kehamilan.

2. Buah tin

Buah tin kering membekalkan enam kali lebih kalori daripada yang basah.  Proses pengeringan telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium.

3. Madu

Madu yang manis ini sememangnya disukai oleh semua orang. Seperti sedia maklum, ia dianggap sebagai ibu segala makanan. Menjadi penawar pelbagai penyakit jika diamalkan meminumnya setiap hari.

4. Delima

Buah delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung, menstabilkan tekanan darah. Jika ibu hamil mengalami masalah bacaan Hb darah rendah, memang disarankan makan buah delima atau minum jus delima.

5. Susu kambing

Khasiat susu kambing memang diakui bagus untuk membantu masalah asma, reumatik, demam kuning dan menguatkan tulang. Petua orang tua mengatakan ibu hamil amat  elok minum susu kambing untuk mengelakkan anak terkena kuning atau jaundis apabila lahir.

7. Barli

Berkhasiat sebagai minuman penyejuk badan. Selain itu ia juga bagus untuk memabntu ibu hamil melawaskan kencing, masalah sembelit dan mengurangkan risiko kencing  manis (jangan campur gula).

7. Tembikai

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang baik untuk mencegah penyakit terutama kanser. Wanita mengandung yang mempunyai masalah air  ketuban kurang juga digalakkan banyak makan buah tembikai. 

Anda juga boleh cukupkan keperluan nutrisi anda dengan set hamil shaklee yang lengkap dengan protein, omega 3, kalsium, vitamin b-kompleks, vitamin c dan juga multivitamin.

Hubungi azie untuk info lanjut dan order di whatsapp 012-9513802. Terima kasih.



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Friday 3 November 2017

Makanan Yang Bagus Untuk Naikkan Bacaan Hb

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Makanan yang bagus untuk naikkan bacaan HB. Mak-mak hamil bacaan HB ok ke?  Kalau ok bagus, bagi thumbs up sekali. 



Tapi makan still kena jaga, banyakkan makan yang macam doctor and nurse sarankan. Bayi makin membesar so sel darah merah pon makin banyak perlu disalurkan.

Saya share buah dan sayur yang ada kandungan zat besi dan vitamin c yang tinggi, kalau boleh setiap hari adakan hidangan dari sumber di bawah.

Sayur-sayuran
1. Bayam
2. Kangkung
3. Brokoli
4. Kekacang
5. Peria
6. Taugeh

Buah-Buahan
1. Jambu Batu
2. Oren
3. Kiwi
4. Betik
5. Limau nipis

Dan elakkan pengambilan makan yang menghalang penyerapan zat besi. 

Tips untuk penyerapan zat besi yang optimum, 

1) elakkan pengambilan minuman kopi dan teh
2) Susu atau pil kalsium jugak perlu dijarakkan pengambilan dengan sumber zat besi dan vitamin c
3) Susu soya, kuning telur, oat dan gandum elakkan diambil bersama zat besi
4) elakkan makan pil dan makanan yang menghalang penyerapan
5) makan supplement tambah darah dengan air putih/ jus buah-buahan
6) banyakkan minum air putih.

Thanks for reading. Have a nice day.



Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee