Sunday 20 August 2017

Pengalaman Amalkan Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum dan hi semua. Harini nak share tentang Set Hamil Shaklee yang Azie amalkan. Sekarang azie dah pon dalam trimester kedua kehamilan. So kesemua vitamin di bawah memang azie amalkan setiap hari.


Azie mulakan dengan ESP, kemudian Vitalea, B complex, Vitamin C. Next baru Ostematrix dan Omega Guard. Banyak ke? Tak la sebab ada jadual dan cara pemakanan kan. Memang rasa perbezaan dengan anak pertama dulu. Selain makan makanan berkhasiat, vitamin sangat membantu untuk cukupkan nutrisi ibu dan bayi.

Ni antara kesan yang azie rasa sampai sekarang :

  • Bertenaga
  • Tidak mudah letih
  • Tidak mengantuk
  • Demam semasa trimester pertama tapi cepat kebah
  • Tiada lenguh kaki dan kejang kaki
  • Tak sakit belakang
  • Berat naik terkawal
  • Kurang rasa lapar
  • Tidur lena 
  • Tiada discharge
  • Selera makan terkawal
  • Emosi stabil dan kurang stress
Antara khasiat vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee adalah seperti berikut :

1) Vita-Lea® Iron Formula
  1. Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi.
  2. Mengelakkan anemia, masalah LOW HB
  3. Memberikan lebih tenaga dan mengatasi masalah cepat letih.
2) Sustained Release Vita-C
  1. Antioksidan
  2. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi(tidak mudah demam dan selsema)
  3. Menjadikan kulit lebih cantik
  4. Membantu Penyerapan iron yang lebih berkesan – so vitalea and vitamin c kombinasi terbaik. 
3) B-Complex
  1. Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri
  2. Menukarkan gula berlebihan dalam badan kepada tenaga
  3. Mengurangkan sakit kepala atau migraine
  4. Mengandungi Folic Acid untuk perkembangan fizikal dan saraf baby.
4) Energizing Soy Protein (ESP)
  1. Memberi tenaga lebih lama
  2. Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain
  3. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix
  1. Ibu perlu mengantikan semula kalsium yang telah diserap 90% oleh bayi jika tidak si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
6) Omega Guard
  1. Pengambilan Omega dapat membantu dalam PERKEMBANGAN MINDA BAYI supaya lebih active dan cepat belajar
  2. Omega Guard juga membantu MENGAWAL KENAIKAN BERAT BADAN secara berlebihan
Ibu-ibu jangan memandang remeh tentang kelengkap zat dan nutrisi semasa bersalin. InsyaAllah dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin sangat membantu untuk sihat dan kuat sepanjang kehamilan serta bagus untuk perkembangan bayi.

Dapatkan Set Hamil Shaklee anda daripada Azie sekarang dengan WhatsApp ke 012-9513802. Anda akan mendapat konsultasi dan cara pemakanan produk selepas membeli daripada Azie.

Till then.


Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee

Saturday 19 August 2017

Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harini Azie nak share sebab kenapa kena Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Sungai Buloh. Apa yang best join ahli dengan team saya. Sekarang ni saya merupakan ahli team TEA iaitu Teaching, Encouraging dan Achieving.



1) Yuran Keahlian Yang Rendah

Ada dua cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee iaitu dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM69 beserta kos postage RM11(Sem Malaysia). Atau anda boleh membuat pembelian produk sebanyak 200uv(point) bersamaan RM700 secara automatic anda menjadi ahli Shaklee,

2) Bonus Bulanan


Seterusnya, anda layak mendapat bonus bulanan bergantung kepada jumlah belian produk pada bulan tersebut. Maksimum bonus yang ada layak perolehi adalah 21%. Banyak kan?

3) Penjimatan 15%-25% Untuk Harga Produk


Dengan mendaftar ahli, anda akan menikmati penjimatan sehingga 25% untuk pembelian produk. Boleh lah saving untuk kahwin. Hehe

4) Penerangan Produk


Azie akan membantu anda dengan memberi penerangan tentang produk dan anda boleh tahu set kesihatan yang betul dan kepentingan setiap produk dalam set tu. Kenapa wajib ada.

5) Cara & Waktu Pengambilan Produk


Ini adalah elemen yang paling penting untuk mengamalkan supplement. Azie akan bantu anda dengan memberi cara makan dan waktu pengambilan yang sesuai berdasarkan set/produk yang anda beli.

Jelas ke jelas?

InsyaAllah Azie akan pastikan yang anda mendapat layanan sepatutnya selepas anda Daftar Ahli Shaklee Dengan Pengedar Shaklee Sungai Buloh. Selalunya Azie akan membuat penghantaran terus ke rumah untuk kawasan sekitar dan yang jauh kita gunakan khidmat courier.

Berminat untuk mendaftar ahli? Klik di sini -----> Borang Daftar Ahli Shaklee










Monday 7 August 2017

Set Asas Kecantikan Shaklee Buatkan Kulit Muka Saya Tidak Kusam Lagi


 Selepas 3 bulan konsisten dengan set asas kecantikan Shaklee, ramai yang tegur kulit muka nampak lebih berseri-seri. Diakui lepas melahirkan anak, hormon  menjadi tidak stabil mungkin disebabkan faktor kekangan masa untuk membelai kulit. Hanya rajin dengan rutin mencuci muka.


Saya amalkan minum Energizing Soy Protein (ESP) setiap pagi dan juga SR Vitamin C Plus selepas sarapan pagi.  Sebenarnya, jarang sangat saya ambil sarapan yang berat sejak amalkan ESP sebab ESP buat saya rasa kenyang lama. Bukan sahaja bagus untuk kulit tapi bagus jugak untuk saya kekalkan berat badan.

Untuk kulit muka, saya perasan pori-pori mengecil dan jerawat yang baru tumbuh cepat kecut. Seronok sangat sebabnya  jerawat tu kan boleh mengundang parut kalau lama-lama bertapa di muka. Saya pulak jenis tangan suka mengutis. Hehe. Jangan buat ye sebabnya nanti tinggal parut hitam ambil masa pulak nak hilangkan parutnya.

Kalau dulu white heads and black heads sangat ketara di bahagian hidung sekarang kalau picit pun dah tak banyak yang keluar. Cuma kena rajin buat facial spa kat rumah la baru lah dapat kulit flawless ye. Set asas ni jugak bagus untuk pudarkan jeragat. Biasalah umur semakin meningkat ni kulit muka mudah terpigmentasi kan. Jeragat dan kulit wanita asia memang berpisah tiada.

So pengambilan ESP dan SR Vitamin C sangat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam yang saya hadapi. Sekarang keluar rumah pun just tepek bedak sikit dah cukup. Lagipon saya jenis orang yang tak suka bermake-up.

Itulah dia cara Set Asas Kecantikan Shaklee Buatkan Kulit Muka Saya Tidak Kusam Lagi. Nak cuba? Boleh terus hubungi saya untuk consultation exclusive untuk anda. Rosma Azyyati 012 9513802


7 Tips Jaga Kulit Berminyak

Assalamualaikum. Hari ini nak kongsikan tips penjagaan kulit muka yang berminyak. Ada beberapa jenis kulit muka jadi kena kenalpasti jenis kulit muka anda dan apply tips ini untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri.
                             
Hasil carian imej untuk tips jaga kulit berminyak

1) Basuh Muka

Basuh muka paling kurang dua kali dalam sehari dengan sabun yang betul. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak (oil control).

2) Jaga Pemakanan

Corak pemakanan juga mempengaruhi kesihatan kulit. Pertamanya, elakkan makanan berminyak seperti daging burger segera. Sesetengah orang juga alah pada makanan laut seperti sotong, ketam dan udang. Seterusnya elakkan juga mengambil kekacang seperti kacang tanah, badam dan kacang parang. Kena try and error jenis makanan kat atas adakah menyumbang atau tak kulit berminyak.

3) Banyakkan Minum Air Kosong

Air  merupakan elemen penting yang sangat diperlukan oleh badan kita. Air memberi banyak manfaat kepada kulit termasuklah kulit wajah. Meminum air dengan jumlah yang mencukupi dapat menyeimbangkan kembali keadaan kulit jika mengambil makanan berminyak.

4) Penggunaan Tuala Muka

Mengelap muka dengan menggunakan tuala muka (face towel) ataupun tisu. Elakkan menggunakan tuala yang sama untu mengelap badan supaya kotoran tidak terlekat pada kulit wajah.

5) Skrub Muka 

Lakukan skrub muka untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati dan dalam masa yang sama memperbaharui kulit anda. Sentalan mestilah dilakukan dengan cara yang lembut.

6) Belai Wajah Dengan Topeng Muka

Jadikan rutin membelai wajah dengan topeng mula (face mask) sebagai aktiviti mingguan. Dapatkan topeng muka yang mengandungi kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.

7) Pengambilan Vitamin

Mengamalkan pengambilan vitamin iaitu vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu merawat masalah kulit berminyal, berjeragat dan juga berjerawat.

Semoga tips-tips di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua. Katakan selamat tinggal kepada kulit berminyak. Selamat mencuba!