Tuesday 13 November 2018

Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil

Tak selesa betul bila ada keputihan ni, even tak delah sampai berbau dan bertukar warna tapi still nak kena selalu tukar underwear kan. Kalau nasib tak baik, rasa gatal je kat bahagian alat sulit tu. Meh azie kongsikan Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil.

Set Hamil Shaklee

So far ada banyak faktor yang menyumbang pada keputihan. Boleh baca di 
Faktor Penyebab Keputihan Ketika Hamil. Bila mengandung selalu masalah akan menjadi bertambah teruk kerana gangguan hormon dan juga hormon estrogen meningkat dengan lebih banyak ketika ini makanya menyumbang kepada peningkatan aliran darah ke dalam faraj.

Perlulah kita ingat, semasa mengandung tak boleh nak ambil ubat-ubatan sewenang-wenangnya. Yela, tersalah ambil boleh menjejaskan kandungan kan. Even doktor pon kadang nak prescribes kena consider banyak perkara.

So kalau ada Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil yang lebih baik daripada ambil ubat-ubatan, kenapa tak kita cuba amalkan. 

1. KEBERSIHAN DIRI DAN TEMPAT TINGGAL

Penekanan pertama pada kebersihan sebabnya kebersihan ni asas pada semua perkara. Kalau tak bersih memang mudah sangat penyakit nak datang bertandang. 

So pastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan amalkan membasuh bahagian sulit dengan cecair khas dengan pH yang sesuai. Pastikan keadaan kering dengan lap dengan tuala yang lembut dan disarankan untuk tukar hari-hari. 

Tempat tinggal seperti bilik tidur mestilah mendapat pengudaraan yang mencukupi. Amalkan menukar cadar sekerap yang boleh dan gunalah air freshener untuk elakkan jangkitan kuman dan bakteria.

2. ELAKKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI GLUTEN DAN JUGA GULA YANG TINGGI

Perlu untuk mengenalpasti makanan yang menyumbangkan kepada keputihan yang berbau dan berwarna seperti makanan tinggi gula dan makanan yang ada yis seperti roti. 

Banyakkan meminum air masak dan kurangkan minuman bergula. Boleh amalkan Green Tea yang mana baik untuk sistem pencernaan dan detofikasi.

Cuba tukar makanan yang diperbuat daripada roti atau gluten dengan buah-buahan sebagai snacking. Lebih sihat dan berkhasiat kan.

3. ELAKKAN MAKANAN YANG BERGORENG

Makanan bergoreng pon tak boleh? Abis nak makan apa? Alahai! Bukan semua makanan bergoreng kan boleh je pilih nak kukus nak panggang. Lagi satu bukanlah kata tak boleh makan langsung, kurangkan kuantiti. Atleast kita jaga pemakanan kita. 

Makanan bergoreng ni tak elok untuk sistem pencernaan. Means boleh makan tapi berpada-pada. Sarapan makan nasi goreng, tea time karipap goreng, petang goreng pisang, malam nuget. Adoiii semua berminyak. 

4. PAKAI PAKAIAN YANG DARIPADA KAPAS, DAN LONGGAR

Ni antara tips atau cara yang penting sangat. Untuk underwear tu pilih lah kain kapas, banyak pilihan jenama kat pasaran. Dari murah sampai ke mahal. Ala invest untuk diri juga nak jaga dalaman kan.

Kalau pakai selain kapas kawasan vagina tu mudah lembap dan menggalakkan bakteria tau. So make sure jugak lepas mandi, lepas buang air kecik ataupon air besor, keringkan betul-betul. Spare la tisu muka kat dalam handbag tu. Handbag besar tisu pon tak bawak. Hmmm

5. AMALKAN MINUM AIR MASAK YANG MENCUKUPI

Yang part minum air masak ni janganlah ambil remeh, minum lah ikut keperluan badan. Kalau tak cukup air masak tau tak yang macam-macam masalah boleh datang.

Air tu tak susah pon nak amalkan cuba ikut jadual yang banyak disediakan. Salah satu macam kat bawah ni. Lama-lama dah jadi rutin confirm tak ada masalah nak minum 2L atau lebih sehari.

set Hamil Shaklee

6. AMALKAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

Semua ibu tau yang masa mengandung ibu perlukan nutrisi yang lebih untuk ibu dan baby. Tapi tak pasti semua ibu concern tak apa yang mereka perlukan supaya cukup nutrisi tu.

Sebab masa mengandung juga ada masalah kesihatan yang tak pernah datang pon boleh jadi ada. Salah satu keputihan ni lah. 

So Set Mengandung Shaklee lengkap dengan Multivitamin, Vitamin C, Omega 3, vitamin B, Kalsium dan Magnesium, dan Protein yang sangat diperlukan ibu hamil.

Set Hamil Shaklee


InsyaAllah masalah keputihan pon boleh dirawat, jika dan berada pada tahap warna bertukar tambahkan Garlic Complex sebagai ejen antikulat.

So itu sahaja perkongsian Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil. Boleh dapatkan set ini daripada azie. Boleh terus hubungi azie di 012-9513802


pengedar shaklee sg buloh



No comments:

Post a Comment