Friday 27 July 2018

Langkawi SkyCab Tempat Wajib Pergi Jika Ke Langkawi

Bila mana kau kahwin dengan orang Langkawi, peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Langkawi mahupon buat aktiviti setiap kali balik kampung tu jadi terhad. Kebanyakan masa balik kampung selalu kena peak season jadi memang tak lah untuk join kesesakan nak buat aktiviti. Baik betapa dalam rumah atau pon jalan-jalan tepi pantai je.


Tapi balik raya tahun ni best sebab sempat ke Langkawi Skycab. Sebabnya balik lama, selalu balik kampung paling lama lima hari macam tak sempat nak buat aktiviti sangat. Kalau dah lebih seminggu moh la kita berjalan. Rezeki jugak bila tak ramai orang masa kami pergi tu.Sampai situ dalam 4 petang dan tengok queue dah tak panjang so apa lagi cepat-cepat beli tiket.

Last naik cable car ni empat tahun lepas iaitu pertama kali ke kampung suami selepas majlis kahwin belah suami (sebelum tu banyak kali dah sampai tapi sebagai pelancong la, haha). Masa tu SkyBridge tak ada lagi just ada dua platform untuk berhenti tengok view Langkawi dari Gunung Mat Chichang. Sekarang dengan ada Sky Bridge dan jugak tiket pon kira ikut pakej. 





Untuk dewasa warganegara RM40 dan kanak-kanak (3 tahun ke atas) RM30 bagi basic package. Pakej ni termasuk Skycab, Skydome, Skyrex dan juga 3D Art Museum. Sebab kami sampai dah petang sempat naik Skycab dan masuk 3D Art Museum.

SkyBridge berada pada platform pertama yang mana kena turun dari gondola then ambil tiket untuk ke sana, boleh pilih untuk jalan iaitu SkyTrail atau pon naik SkyGlide. Kalau jalan tiket RM4 dalam 10 minit turun tangga atau SkyGlide RM16 dalam 2 minit dah sampai.

Masa kami pergi SkyGlide tak operate, so kami nak juga ke SkyBridge jadi excited lah nak turun lalu Skytrail. Tapi bila dah turun tangga demi tangga suami dukung anak sulung 14 kg dan azie dukung baby 8kg lebih menangis jugak. Banyak kali jugak berhenti sebab mengah. Haha rasakan.




Tapi dah sampai kat SkyBridge rasa berbaloi jugak sebab cantik, sejuk dan nyaman je kat atas tu. Ambil2 gambar then berhenti rehat menyusu baby sebelum naik ke platform balik. Kalau bawak orang tua, kanak-kanak dan baby better naik je SkyGlide ye. Tak payah nak gigih nak buat jungle trekking haha.






Penat jalan kat Skytrail jadi kami tak naik pon ke puncak yang platform kedua tu. Tak larat dah patah pinggang pulak nanti. Nasib baik ada Ostematrix dan Omega Guard Shaklee haha. Turun tu kami masuk 3D art museum, nanti entry seterusnya la cerita. 

Terima kasih lah sudi baca. Hihihi. 

No comments:

Post a Comment