Wednesday 7 November 2018

Faktor Penyebab Keputihan Ketika Hamil

Ketika mengandung selalu sangat terjadi perkara yang tidak pernah terjadi pada diri ibu hamil. Ada yang sampai boleh memudaratkan kesihatan dan menggangu emosi si ibu. Antara masalah ketika mengandung yang ibu hamil terkesan ialah masalah keputihan. Azie kongsikan Faktor Penyebab Keputihan Ketika Hamil.

Pengedar Shaklee Sg Buloh



Pertamanya tahukah anda bagaimana berlakunya keputihan? Keputihan adalah lelehan faraj yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita. Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologis. Keputihan fisiologi ni maksudnya jenis yang normal dan tak mendatangkan penyakit. Manakala keputihan patologis pula bersifat lebih kronik dan boleh mengundang penyakit, mengeluarkan cecair yang lebih kental dan berwarna hijau, kuning atau kelabu.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

1. Kebersihan di Bahagian faraj

Penting untuk menjaga kebersihan di bahagian alat sulit dan pastikan faraj sentiasa kering. Pastikan cuci bersih dengan air dan keringkan selepas membuang air kecil dan melakukan aktiviti seksual. Keadaan lembap boleh menyumbang kepada pertumbuhan kulat dan jangkitan bakteria. 

2. Hormon Yang Tidak Stabil

Gangguan hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan berlaku keputihan. Pengambilan sesuatu ubat pada tempoh yang lama jugak menyumbang pada ketidaktentuan hormon dan juga emosi ibu hamil mudah terganggu menyebabkan lendiran ini mudah keluar.

3. Masalah Kesihatan

Jika anda ada masalah kesihatan ketika hamil seperti diabetic ketika hamil, anda cenderung untuk mendapat penyakit jangkitan seperti keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam badan.

4. Amalan gaya hidup

Cara anda mengjalani kehidupan jugak mempengaruhi berlaku keputihan. Contohnya wanita mengandung yang mengamalkan seks yang tidak sihat secara aktif  lebih cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit yang melibatkan faraj atau bahagian alat sulit.

Jika anda sudah kenalpasti masalah keputihan yang anda hidapi, perlulah untuk anda mencari penyelesaian segera kerana penyakit keputihan yang teruk boleh mengancam nyawa kandungan anda kehamilan luar rahim atau kelahiran pra matang.

pengedar shaklee sg buloh






No comments:

Post a Comment