Friday 2 November 2018

Tips Roadtrip Dengan Anak Kecil

Cuti sekolah dan nak dekat, maka ramailah yang akan planning nak pergi bercuti kan. Ada yang pergi dalam negara,dan ada jugak yang pilih ke luar negara. Bergantung kepada bajet masing-masing. Azie nak share tentang Tips Roadtrip Dengan Anak Kecil memandangkan azie selalu travel untuk pulang ke kampung.



Kampung suami di utara manakala kampung azie di Pantai Timur dan kami tinggal di Sungai Buloh. So, memang bercinta nak sampai ke kampung sebab makan masa yang lama. Tambah kalau bulan perayaan, kena siap-siap prepare mental dan fizikal untuk hadap traffic jem.

Azie ada anak kecil dua orang, sorang lelaki dah masuk 10 bulan dan sorang lagi perempuan berumur 3 tahun. Masa anak sulung kebanyakan masa balik kampung dia just tidur je so memang memudahkan perjalanan kami. Tapi anak lelaki kami ni lasak sikit dan cepat bosan bila lama-lama dalam kereta.

TIPS ROADTRIP DENGAN ANAK KECIL :

SEDIAKAN PAKAIAN TERLEBIH DAHULU

Pergi mana-mana mestilah sediakan pakaian kan. Tapi pakaian anak-anak ni kena consider banyak perkara. Digalakkan untuk bawak pakaian lebih dan packing tu ikut keselesaan dan memudahkan pencarian. Contoh kasut dan diapers dalam beg berasingan dengan baju.

KELENGKAPAN BUANG AIR

Sediakan untuk kes emergency dalam kereta. manalah tau R n R jaoh lagi dan tak ada bekalan air ke. So sediakan air kosong dalam botol mineral sesiap, tisu basah mesti ada dan jugak plastik wangi supaya tak lah berbau kereta nanti. Lagipun senang dapat sekarang plastik wangi ni. Boleh beli online, kedai eco atau pon ke Mr DiY.

KESELESAAN DALAM KERETA

Untuk azie yang anak dua so kereta saiz sedan memang just nice yang mana tak sempit dan tak luas sangat. Untuk keselamatan bawaklah bersama CARSEAT dan juga kalau ada travel malam bawaklah sesiap selimut. Tak adalah sejuk anak beraircond malam-malam hari.

BAWAK MAKANAN RINGAN

Untuk anak mesti selalu ada bekalan makanan. Pilihlah makanan sihat seperti snek kurang gula dan buah-buahan. Pastikan juga bekalan air mencukupi dan sediakan yang ada straw untuk mudahkan mereka minum dalam kereta. So tak adalah adegan tumpah dan basahkan kusyen kereta. Suka jugak azie nak nasihatkan untuk sediakan anak-anak VITAMIN. Boleh standby Chewable Vitamin C dan Vitalea For Kids untuk yang dah boleh kunyah.

SIAPKAN MAINAN 

Azie yakin part ni ibu-ibu pasti particular, sebab ayah busy memandu jadi ibu lah yang akan entertain anak-anak kan. Makanya ibu sila bawak buku aktiviti, krayon, bola mainan, mainan bermuzik supaya mereka tak bosan dan jugak ada aktiviti sebaik bangun tidur.


KELENGKAPAN RENANG

Baju renang atau swimming suit ni better bawak je sesiap manalah tau nanti ada pantai ke tetiba nak menyinggah ataupon banyak masa kat hotel kan. senanglah anak-anak terjun dengan baju renang.

Azie rasa ini yang penting untuk kita titikberatkan semasa travel bersma anak kecil. Tak leceh pon kalau kita dah bersedia. Anak kecil memang mudah bosan bila statik so natire mereka akan nak kan perhatian kita. Harap membantu apa yang azie senaraikan untuk anda yang nak roadtrip dengan anak kecil.



No comments:

Post a Comment