Tuesday 13 November 2018

Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil

Tak selesa betul bila ada keputihan ni, even tak delah sampai berbau dan bertukar warna tapi still nak kena selalu tukar underwear kan. Kalau nasib tak baik, rasa gatal je kat bahagian alat sulit tu. Meh azie kongsikan Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil.

Set Hamil Shaklee

So far ada banyak faktor yang menyumbang pada keputihan. Boleh baca di 
Faktor Penyebab Keputihan Ketika Hamil. Bila mengandung selalu masalah akan menjadi bertambah teruk kerana gangguan hormon dan juga hormon estrogen meningkat dengan lebih banyak ketika ini makanya menyumbang kepada peningkatan aliran darah ke dalam faraj.

Perlulah kita ingat, semasa mengandung tak boleh nak ambil ubat-ubatan sewenang-wenangnya. Yela, tersalah ambil boleh menjejaskan kandungan kan. Even doktor pon kadang nak prescribes kena consider banyak perkara.

So kalau ada Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil yang lebih baik daripada ambil ubat-ubatan, kenapa tak kita cuba amalkan. 

1. KEBERSIHAN DIRI DAN TEMPAT TINGGAL

Penekanan pertama pada kebersihan sebabnya kebersihan ni asas pada semua perkara. Kalau tak bersih memang mudah sangat penyakit nak datang bertandang. 

So pastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan amalkan membasuh bahagian sulit dengan cecair khas dengan pH yang sesuai. Pastikan keadaan kering dengan lap dengan tuala yang lembut dan disarankan untuk tukar hari-hari. 

Tempat tinggal seperti bilik tidur mestilah mendapat pengudaraan yang mencukupi. Amalkan menukar cadar sekerap yang boleh dan gunalah air freshener untuk elakkan jangkitan kuman dan bakteria.

2. ELAKKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI GLUTEN DAN JUGA GULA YANG TINGGI

Perlu untuk mengenalpasti makanan yang menyumbangkan kepada keputihan yang berbau dan berwarna seperti makanan tinggi gula dan makanan yang ada yis seperti roti. 

Banyakkan meminum air masak dan kurangkan minuman bergula. Boleh amalkan Green Tea yang mana baik untuk sistem pencernaan dan detofikasi.

Cuba tukar makanan yang diperbuat daripada roti atau gluten dengan buah-buahan sebagai snacking. Lebih sihat dan berkhasiat kan.

3. ELAKKAN MAKANAN YANG BERGORENG

Makanan bergoreng pon tak boleh? Abis nak makan apa? Alahai! Bukan semua makanan bergoreng kan boleh je pilih nak kukus nak panggang. Lagi satu bukanlah kata tak boleh makan langsung, kurangkan kuantiti. Atleast kita jaga pemakanan kita. 

Makanan bergoreng ni tak elok untuk sistem pencernaan. Means boleh makan tapi berpada-pada. Sarapan makan nasi goreng, tea time karipap goreng, petang goreng pisang, malam nuget. Adoiii semua berminyak. 

4. PAKAI PAKAIAN YANG DARIPADA KAPAS, DAN LONGGAR

Ni antara tips atau cara yang penting sangat. Untuk underwear tu pilih lah kain kapas, banyak pilihan jenama kat pasaran. Dari murah sampai ke mahal. Ala invest untuk diri juga nak jaga dalaman kan.

Kalau pakai selain kapas kawasan vagina tu mudah lembap dan menggalakkan bakteria tau. So make sure jugak lepas mandi, lepas buang air kecik ataupon air besor, keringkan betul-betul. Spare la tisu muka kat dalam handbag tu. Handbag besar tisu pon tak bawak. Hmmm

5. AMALKAN MINUM AIR MASAK YANG MENCUKUPI

Yang part minum air masak ni janganlah ambil remeh, minum lah ikut keperluan badan. Kalau tak cukup air masak tau tak yang macam-macam masalah boleh datang.

Air tu tak susah pon nak amalkan cuba ikut jadual yang banyak disediakan. Salah satu macam kat bawah ni. Lama-lama dah jadi rutin confirm tak ada masalah nak minum 2L atau lebih sehari.

set Hamil Shaklee

6. AMALKAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

Semua ibu tau yang masa mengandung ibu perlukan nutrisi yang lebih untuk ibu dan baby. Tapi tak pasti semua ibu concern tak apa yang mereka perlukan supaya cukup nutrisi tu.

Sebab masa mengandung juga ada masalah kesihatan yang tak pernah datang pon boleh jadi ada. Salah satu keputihan ni lah. 

So Set Mengandung Shaklee lengkap dengan Multivitamin, Vitamin C, Omega 3, vitamin B, Kalsium dan Magnesium, dan Protein yang sangat diperlukan ibu hamil.

Set Hamil Shaklee


InsyaAllah masalah keputihan pon boleh dirawat, jika dan berada pada tahap warna bertukar tambahkan Garlic Complex sebagai ejen antikulat.

So itu sahaja perkongsian Cara Atasi Keputihan Ketika Hamil. Boleh dapatkan set ini daripada azie. Boleh terus hubungi azie di 012-9513802


pengedar shaklee sg buloh



Wednesday 7 November 2018

Faktor Penyebab Keputihan Ketika Hamil

Ketika mengandung selalu sangat terjadi perkara yang tidak pernah terjadi pada diri ibu hamil. Ada yang sampai boleh memudaratkan kesihatan dan menggangu emosi si ibu. Antara masalah ketika mengandung yang ibu hamil terkesan ialah masalah keputihan. Azie kongsikan Faktor Penyebab Keputihan Ketika Hamil.

Pengedar Shaklee Sg Buloh



Pertamanya tahukah anda bagaimana berlakunya keputihan? Keputihan adalah lelehan faraj yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita. Ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologis. Keputihan fisiologi ni maksudnya jenis yang normal dan tak mendatangkan penyakit. Manakala keputihan patologis pula bersifat lebih kronik dan boleh mengundang penyakit, mengeluarkan cecair yang lebih kental dan berwarna hijau, kuning atau kelabu.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

1. Kebersihan di Bahagian faraj

Penting untuk menjaga kebersihan di bahagian alat sulit dan pastikan faraj sentiasa kering. Pastikan cuci bersih dengan air dan keringkan selepas membuang air kecil dan melakukan aktiviti seksual. Keadaan lembap boleh menyumbang kepada pertumbuhan kulat dan jangkitan bakteria. 

2. Hormon Yang Tidak Stabil

Gangguan hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan berlaku keputihan. Pengambilan sesuatu ubat pada tempoh yang lama jugak menyumbang pada ketidaktentuan hormon dan juga emosi ibu hamil mudah terganggu menyebabkan lendiran ini mudah keluar.

3. Masalah Kesihatan

Jika anda ada masalah kesihatan ketika hamil seperti diabetic ketika hamil, anda cenderung untuk mendapat penyakit jangkitan seperti keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam badan.

4. Amalan gaya hidup

Cara anda mengjalani kehidupan jugak mempengaruhi berlaku keputihan. Contohnya wanita mengandung yang mengamalkan seks yang tidak sihat secara aktif  lebih cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit yang melibatkan faraj atau bahagian alat sulit.

Jika anda sudah kenalpasti masalah keputihan yang anda hidapi, perlulah untuk anda mencari penyelesaian segera kerana penyakit keputihan yang teruk boleh mengancam nyawa kandungan anda kehamilan luar rahim atau kelahiran pra matang.

pengedar shaklee sg buloh






Friday 2 November 2018

Tips Roadtrip Dengan Anak Kecil

Cuti sekolah dan nak dekat, maka ramailah yang akan planning nak pergi bercuti kan. Ada yang pergi dalam negara,dan ada jugak yang pilih ke luar negara. Bergantung kepada bajet masing-masing. Azie nak share tentang Tips Roadtrip Dengan Anak Kecil memandangkan azie selalu travel untuk pulang ke kampung.



Kampung suami di utara manakala kampung azie di Pantai Timur dan kami tinggal di Sungai Buloh. So, memang bercinta nak sampai ke kampung sebab makan masa yang lama. Tambah kalau bulan perayaan, kena siap-siap prepare mental dan fizikal untuk hadap traffic jem.

Azie ada anak kecil dua orang, sorang lelaki dah masuk 10 bulan dan sorang lagi perempuan berumur 3 tahun. Masa anak sulung kebanyakan masa balik kampung dia just tidur je so memang memudahkan perjalanan kami. Tapi anak lelaki kami ni lasak sikit dan cepat bosan bila lama-lama dalam kereta.

TIPS ROADTRIP DENGAN ANAK KECIL :

SEDIAKAN PAKAIAN TERLEBIH DAHULU

Pergi mana-mana mestilah sediakan pakaian kan. Tapi pakaian anak-anak ni kena consider banyak perkara. Digalakkan untuk bawak pakaian lebih dan packing tu ikut keselesaan dan memudahkan pencarian. Contoh kasut dan diapers dalam beg berasingan dengan baju.

KELENGKAPAN BUANG AIR

Sediakan untuk kes emergency dalam kereta. manalah tau R n R jaoh lagi dan tak ada bekalan air ke. So sediakan air kosong dalam botol mineral sesiap, tisu basah mesti ada dan jugak plastik wangi supaya tak lah berbau kereta nanti. Lagipun senang dapat sekarang plastik wangi ni. Boleh beli online, kedai eco atau pon ke Mr DiY.

KESELESAAN DALAM KERETA

Untuk azie yang anak dua so kereta saiz sedan memang just nice yang mana tak sempit dan tak luas sangat. Untuk keselamatan bawaklah bersama CARSEAT dan juga kalau ada travel malam bawaklah sesiap selimut. Tak adalah sejuk anak beraircond malam-malam hari.

BAWAK MAKANAN RINGAN

Untuk anak mesti selalu ada bekalan makanan. Pilihlah makanan sihat seperti snek kurang gula dan buah-buahan. Pastikan juga bekalan air mencukupi dan sediakan yang ada straw untuk mudahkan mereka minum dalam kereta. So tak adalah adegan tumpah dan basahkan kusyen kereta. Suka jugak azie nak nasihatkan untuk sediakan anak-anak VITAMIN. Boleh standby Chewable Vitamin C dan Vitalea For Kids untuk yang dah boleh kunyah.

SIAPKAN MAINAN 

Azie yakin part ni ibu-ibu pasti particular, sebab ayah busy memandu jadi ibu lah yang akan entertain anak-anak kan. Makanya ibu sila bawak buku aktiviti, krayon, bola mainan, mainan bermuzik supaya mereka tak bosan dan jugak ada aktiviti sebaik bangun tidur.


KELENGKAPAN RENANG

Baju renang atau swimming suit ni better bawak je sesiap manalah tau nanti ada pantai ke tetiba nak menyinggah ataupon banyak masa kat hotel kan. senanglah anak-anak terjun dengan baju renang.

Azie rasa ini yang penting untuk kita titikberatkan semasa travel bersma anak kecil. Tak leceh pon kalau kita dah bersedia. Anak kecil memang mudah bosan bila statik so natire mereka akan nak kan perhatian kita. Harap membantu apa yang azie senaraikan untuk anda yang nak roadtrip dengan anak kecil.



Tujuh Hari Detox Shaklee

7 DAYS ANYTIME DETOX

Wah teruja sangat nak share pasal tajuk kat atas ni. Since azie duk pong pang pong pang pasal detox post-post sebelum ni, jadi baik jugak untuk azie share cara nak laksanakan tujuh hari detox ni.


Azie yakin ada yang macam eh eh perlu ke aku start detox ni sebab macam makan ok je kesihatan ok je dan cergas bertenaga pon ye jugak.


Azie highly recommend untuk kita sama-sama berdetox jugak 😆. Sebab apa sebab nanti korang akan rasa badan lagi best tau. Nak ke nak 🤗

Ni azie share serba sedikit 7 hari program detox ok. Yang mana setiap hari ada satu details menu. Nak tau kan kan kan.



Hari Pertama : FIBRE 🥗
Untuk sistem hadaman dan buangan badan jdi normal 👏

Hari Kedua : SOUP 🍜
Badan akan mengumpulkan khasiat2 sayur-sayur dan bergabung buang lemak dalam badan. Buang lemak ni part yang kena tabah sikit 😣

Hari Ketiga : COLORS 🍏🍎🍇🍌🍊🍋🍆🥝🌽
Mengaktifkan enzim detoks untuk membuang kerosakan toksin dan mengelakkan kerosakan lagi teruk pada sel badan yang disebabkan oleh badan

Hari Keempat : ENERGY 💪🏻
Membantu tingkatkan berat badan tanpa lemak dan sekaligus bantu tingkatkan tenaga badan selama berjam-jam

Hari Kelima : VITALITY
Badan dah mula reset untuk fokus mental dan mengembalikan fizikal badan cergas

Hari Keenam : CARBO 🍚 🍞
Kawalan karbohidrat bantu untuk mengawal berat badan secara sihat dan kesihatan pada tahap maksimum

Hari Ketujuh : FRESH START 😘
Badan ready untuk start makan secara FRESH. 
Boleh mulakan dengan suku-suku separuh.

.